Wednesday, 20 August 2014

LOGO HARI KEBANGSAAN KE-57 2014


RASIONAL LOGO

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGO

Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.


Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini menampilkan satu keunikan apabila salah satu baris lirik lagu Warisan, ' Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.


Ketika mengumumkan "Logo & Tema Merdeka Malaysia 2014" semasa majlis prapelancaran Hari Kemerdekaan pada 25 Jun 2014, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemilihan tema daripada lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad itu dapat menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara ke dalam jiwa rakyat.

"Saya percaya tema itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat,"

"Secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa panjang," katanya.

Tuesday, 19 August 2014

KOLEKSI LENGKAP LOGO & TEMA MERDEKA MALAYSIA


Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.
Tema: Muhibah dan Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.
Tema: Masyarakat Progresif
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.
Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.
Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.
Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.
Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat
Logo Merdeka 1976


Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.
Tema: Bersatu Maju
Logo Merdeka 1977


Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.
Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan
Logo Merdeka 1978


Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.
Tema: Bersatu Berdisplin
Logo Merdeka 1979

Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun
Tema: Berdisplin Berbakti
Logo Merdeka 1980


Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.
Tema: Berdisplin Berharmoni
Logo Merdeka 1981


Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.
Tema: Berdisplin Giat Maju
Logo Merdeka 1982


Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.
Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan
Logo Merdeka 1983


Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.
Tema: Amanah Asas Kejayaan
Logo Merdeka 1984


Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.
Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan
Logo Merdeka 1985


Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun
Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh
Logo Merdeka 1986


Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.
Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju
Logo Merdeka 1987


Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.
Tema: Bersatu
Logo Merdeka 1988


Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.
Tema: Bersatu
Logo Merdeka 1989


Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.
Tema: Berjaya
Logo Merdeka 1990


Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.
Tema: Wawasan 2020
Logo Merdeka 1991


Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun
Tema: Wawasan Asas Kemajuan
Logo Merdeka 1992


Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.
Tema: Bersatu Menuju Wawasan
Logo Merdeka 1993


Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan
Logo Merdeka 1994


Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.
Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan
Logo Merdeka 1995


Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.
Tema: Budaya Penentu Kecapaian
Logo Merdeka 1996


Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.
Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Logo Merdeka 1997


Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.
Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
Logo Merdeka 1998


Tahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.
Tema: Bersatu Ke Alaf Baru
Logo Merdeka 1999


Tahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga 49 tahun.
Tema: Keranamu Malaysia
Logo Merdeka 2000_2001_2002_2003_2004_2005_2006


Tahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun
Tema: Malaysiaku Gemilang
Logo Merdeka 50


Tahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun
Tema: Perpaduan Teras Kejayaan
Logo Merdeka 2008


Tahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun
Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Logo Merdeka 2009


Tahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi
Logo Merdeka 2010


Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


Logo Merdeka 2011


Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota: Logo ditarik balik kemudian
Logo Merdeka 2012


Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Logo Merdeka 2013


Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Logo Merdeka 2014